Rahsia Kebaikan Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara
Virgin Coconut Oil









Apakah Minyak Kelapa Dara ?

   Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di kepulauan Pasifik, dimana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. 

   Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. 

    
Jadikah apakah sebenarnya minyak kelapa dara ? 

     Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dan struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa, haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah menjurus kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.  



 Kebaikan & Khasiat..

Manfaat Minyak Kelapa Dara terhadap kesihatan manusia;

Kecantikan luaran;

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia jika disapu pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis,eksim dan dermatitis.
  • Melembut dan mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet

Kesihatan dalaman;

  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino.
  • Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis.
  • Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dan tubuh.
  • Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi dari serangan osteoprosis.
  • Mencegah risiko sakit jantung.
  • Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.  


Meningkatkan daya tahan tubuh;

  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh dari kanser payudara, kanser colon dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksida dan mengurangkan radang kronis.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah penyakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain. 

Membunuh virus, bakteria dan kulat;

  • Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes, bakteria yang menyebabkan peneumoni, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea, kulat yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi serta membunuh cacing pita, kutu, giardia dan parasit. 

Hubungan suami isteri;

  • Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik) 
  • Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
  • Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan seperti keputihan. 
  • Amat baik bagi mengatasi masalah menapos wanita

Kesan segera pengambilan.. 



  • Melegakan pernafasan - mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil - menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis
  • Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh - minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan, anda akan terasa lebih bertenaga.
  • Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar - bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.Oleh itu berat badan terkawal di mana tidak perlu banyak dan kerap.
  • Mengurangkan kandungan lemak dalam badan-berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi - mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubung dengan jantung.
  • Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru-mengembalikan keanjalan,dan kelembutan kulit. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment